Berikut adalah garis panduan berkenaan proses permohonan program ASWARA secara on-line.
Langkah-langkah Permohonan:
- Bagi pemohon baru, pemohon wajib/mesti mendaftar akaun permohonan terlebih dahulu di Pendaftaran Akaun. Pemohon perlu mempunyai akaun e-mel sebelum boleh membuat pendaftaran akaun. Selepas mendaftar, satu e-mel pengesahan pengaktifan akaun akan dihantar ke e-mel pemohon. Pemohon perlu klik pautan dalam e-mel tersebut untuk mengaktifkan akaun. (Nota: Pastikan anda memasukkan No. KP dan akaun e-mel yang betul dan sah semasa pendaftaran akaun. Kedua-dua maklumat ini tidak boleh diubah semasa anda mengisi borang permohonan. Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk menghantar satu permohonan sahaja.)
- Selepas akaun pemohon telah diaktifkan, pemohon boleh menggunakan No. KP dan kata laluan yang telah dimasukkan semasa pendaftaran akaun untuk Log Masuk ke dalam Portal Permohonan Online ASWARA untuk mengisi borang permohonan atau menyemak status permohonan yang telah dihantar. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini borang permohonan dari semasa ke semasa sekiranya pemohon masih belum menghantar borang permohonan. Untuk menghantar borang permohonan, sila klik butang Hantar pada Bahagian L: Pengakuan Pemohon. Borang permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini. (Nota: Pengemaskinian dan penghantaran borang permohonan hanya dibenarkan dalam tempoh permohonan sahaja.)
1. Pendaftaran Akaun
- Setiap pemohon wajib/mesti mendaftar akaun permohonan terlebih dahulu.
- Pemohon hanya perlu masukkan No. KP, alamat e-mel dan kata laluan di laman Pendaftaran Akaun.
- Bagi pendaftaran yang berjaya, pemohon akan menerima e-mel pengesahan pengaktifan akaun dari ASWARA.
- Berdasarkan e-mel yang diterima, pemohon perlu klik pautan pengaktifan akaun pendaftaran yang terdapat di dalam e-mel.
- Selepas klik pautan tersebut, akaun pemohon akan diaktifkan dan akan secara automatik log masuk ke dalam Portal Permohonan Online ASWARA. Dari semasa ke semasa, pemohon boleh menggunakan No KP dan kata laluan yang telah dimasukkan semasa pendaftaran akaun untuk Log Masuk ke dalam Portal Permohonan Online ASWARA untuk mengisi borang permohonan atau menyemak status permohonan yang telah dihantar.
- Akaun pendaftaran pemohon akan kekal TIDAK AKTIF jika pautan tersebut tidak diklik. Akaun TIDAK AKTIF dianggap sebagai akaun pendaftaran yang tidak sah. Akaun jenis ini juga tidak boleh digunakan di laman Log Masuk.
- Pendaftaran akaun permohonan hanya dibenarkan di dalam tempoh permohonan online.
2. Log Masuk
- Laman Log Masuk adalah laman yang membenarkan pemohon memasuki Portal Permohonan Online ASWARA dengan menggunakan No. KP dan Kata Laluan pemohon yang telah didaftar dan diaktifkan semasa proses Pendaftaran Akaun.
- Sekiranya No. KP dan Kata Laluan yang dimasukkan adalah sah, pemohon akan berjaya log masuk ke dalam Portal Permohonan Online ASWARA untuk mengisi borang permohonan atau menyemak status permohonan yang telah dihantar. (Nota: Kata Laluan adalah case-sensitive.)
- Borang Permohonan Online boleh dicapai setelah pemohon berjaya log masuk ke dalam Portal Permohonan Online ASWARA. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini borang permohonan dari semasa ke semasa sekiranya pemohon masih belum menghantar borang permohonan. Untuk menghantar borang permohonan, sila klik butang Hantar pada Bahagian L: Pengakuan Pemohon. Borang permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini.
- Selepas butang Hantar diklik, portal akan memaparkan pengesahan penghantaran permohonan pemohon dan maklumat susulan yang perlu dipenuhi berkaitan permohonan. Pemohon juga boleh mencetak Borang Permohonan Online ASWARA. Portal juga secara automatik akan menghantar satu notifikasi e-mel penghantaran permohonan kepada pemohon. E-mel tersebut mengandungi maklumat susulan yang diperlukan berkaitan dengan permohonan dan pautan untuk mencetak Borang Permohonan Online ASWARA yang telah dihantar.
- Pengemaskinian dan penghantaran borang permohonan hanya dibenarkan dalam tempoh permohonan sahaja.
- Pemohon juga boleh log masuk untuk melihat status keputusan permohonan. Notifikasi akan dihantar ke e-mel pemohon oleh pihak ASWARA selepas permohonan telah diproses
3. Hilang Kata Laluan
- Laman Hilang Kata Laluan dapat membantu pemohon mendapatkan kembali kata laluan yang hilang sekiranya menghadapi masalah log masuk ke dalam sistem.
- Kata laluan boleh diperolehi hanya dengan memasukkan No. KP dan e-mel pemohon. Jika berpadanan, portal akan menghantar kata laluan ke e-mel pemohon.
- Hanya pemohon dengan akaun pendaftaran yang berdaftar dan telah diaktifkan sahaja boleh mencapai semula kata laluan yang hilang.
- Kata Laluan adalah case-sensitive.
Kembali ke Laman Utama