FAKULTI ANIMASI DAN MULTIMEDIA
Bagi mendapatkan kualiti yang unggul dan memastikan jaminan memantapkan kemahiran tenaga akademik dan memenuhi keperluan modal insan, Fakulti Animasi dan Multimedia telah diwujudkan supaya pelajar dapat berkarya dalam bidang animasi dan memberi peluang untuk meneroka bidang multimedia dan industri animasi digital. Justeru, diharapkan pelajar fakulti ini akan terus mengukuhkan tahap akademik dan karya agar kompetitif serta seiring bersama institusi pengajian tinggi yang lain.
FAKULTI FILEM DAN TELEVISYEN
Fakulti Filem dan Televisyen memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu dan kemahiran yang luas melalui kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajarannya yang berbentuk teori,bengkel, tugasan, di makmal dan studio, kajian lapangan, produksi, tayangan filem, diskusi keilmuan bersama tokoh-tokoh akademik serta karyawan undangan dari institusi dalam dan luar negara.
FAKULTI MUZIK
Fakulti Muzik bertujuan untuk menjadi sebuah platform pendidikan (muzik) formal yang melahirkan para graduan yang berilmu dan bersifat komersial akan mampu mengisi ruang kekosongan di persada industri muzik tempatan samada dari sudut
"frontliners" ataupun tenaga kerja
"back-of-house", dengan lebih berkesan.
FAKULTI PENULISAN KREATIF
Fakulti Penulisan Kreatif mencipta ruang dan peluang pembangunan modal insan negara yang kreatif , inovatif berteraskan kebudayaan, kemampuan akademik, kekayaan estetika kesenian tempatan khususnya dalam bidang penulisan kreatif, di samping mengetengahkan penulis-penulis pelbagai kaum yang kompetitif, meneroka ilmu baru dalam bidang kreatif sejajar dengan kemajuan sosioekonomi dan sosiobudaya negara.
FAKULTI TEATER
Fakulti Teater ASWARA berperanan bagi mereka yang berminat mengembangkan bakat dan mencapai cita-cita dalam bidang ini. Peluang ini telah tersedia dalam ruang lingkup latihan berbentuk formal dan sistematik melalui pendekatan pembelajaran berteraskan tradisional dan moden.
FAKULTI TARI
Fakulti Tari ASWARA menawarkan pengajian yang menyeluruh di dalam teknik-teknik tari dari pelbagai genre Tarian Malaysia, Asia dan Barat. Berteraskan tarian tradisional Malaysia, Fakulti Tari meneroka bidangtari secara global melalui kegiatan studio, kuliah dan produksi dengan pendekatan pembelajaran bersifat perguruan dengan tokoh, rujukan pembacaan, bengkel-bengkel tari dengan penggiat seni tanah air dan pelaksanaan projek. Pengisian yang menyeluruh diharapkan berbekalkan kemahiran, pengalaman serta semangat perjuangan bidang seni tari supaya graduan seni tari mampu memartabatkan industri tari di mata dunia.
FAKULTI REKAAN KOMUNIKASI VISUAL
Biar pun fakulti ini masih diusia muda, dengan pengiktirafan daripada pihak industri telah menjadikan fakulti ini berdiri sebaris dengan universiti tersohor lain yang turut menawarkan kursus yang sama. Harapan fakulti agar kesinambungan kejayaan ini berterusan dan fakulti akan berjaya melahirkan graduan yang berilmu, kreatif dan kritis serta berupaya mengangkat lagi taraf seni visual negara sekaligus mengharumkan nama ASWARA.